Taska

Damai Ceria Bestari menawarkan khidmat penjagaan kanak-kanak berumur bermula daripada 2 bulan hingga 4 tahun. Kami mempunyai penjaga yang berpengalaman serta persekitaran yang kondusif bagi sikecil anda:

Persekitaran dalaman yang selamat dan sesuai untuk bayi dan kanak-kanak.
Ruang bermain dan riadah yang selamat, menarik dan sesuai.
Pemantauan penjaga berpengalaman serta penggunaan CCTV.

Tadika

Damai Ceria Bestari menawarkan khidmat tadika beserta penjagaan harian bagi kanak-kanak berumur bermula daripada 4 tahun hingga 6 tahun. Kanak-kanak diajar membaca, mengira dan menulis. Kanak-kanak juga diajar dengan tatatertib serta bersosial. Selain itu, kanak-kanak beragama Islam didedahkan dengan aktiviti solat berjemaah serta bacaan didalam solat, hafalan surah-surah lazim, doa dan zikir harian. 

Kaedah pembelajaran kami adalah secara santai tetapi terbukti lebih berkesan dalam menarik minat kanak-kanak untuk mempelajarinya.

Program Cepat Membaca ‘CAHAYAKU’
Pendedahan Asas Pendidikan Agama Islam
Pembelajaran  Secara Santai dan Berkesan

Penjagaan & Transit

Pusat Penjagaan & Transit untuk pelajar sebelum atau selepas sekolah, perkhidmtan pakej termasuk pengangkutan van sekolah untuk sesi persekolahan Pagi dan Petang termasuk Pra dan KAFA.

Waktu operasi dari jam 7:00 pagi hingga 7 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Kawasan Transit

  • Sekolah Kebangsaan Subang Bestari
  • Sekolah Kebangsaan Subang Bestari 2
  • Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Subang
  •  Sekolah Kebangsaan Jalan U3
  • Sekolah Agama Integrasi Al-Ikhlas
  •  KAFA Integrasi Subang perdana

Perkhidmatan untuk pakej KAFA (Pagi)

  1. Hantar pelajar dari pusat transit ke KAFA
  2. Jemput pelajar balik dari KAFA ke pusat transit
  3. Pelajar mandi dan rehat 
  4. Makan tengahari
  5. Bersiap ke Sekolah Kebangsaan
  6. Hantar pelajar ke Sekolah Kebangsaan (sesi petang)
  7. Jemput pelajar dari Sekolah Kebangsaan ke pusat transit

Perkhidmatan standard untuk pakej KAFA (Petang)

  1. Hantar pelajar dari pusat transit ke Sekolah Kebangsaan
  2. Jemput pelajar balik dari Sekolah Kebangsaan ke pusat transit
  3. Pelajar mandi dan rehat 
  4. Makan tengahari
  5. Bersiap ke KAFA
  6. Hantar pelajar ke KAFA (sesi petang)
  7. Jemput pelajar dari KAFA ke pusat transit

*** Pengambilan pagi dari rumah pelajar ke KAFA / Sekolah Kebangsaan dan penghantaran balik (petang) terus ke rumah pelajar boleh di aturkan.

Perkhidmatan Van Transit
Penjagaan di Pusat Transit