Taska
Taska
Damai Ceria Bestari menawarkan khidmat penjagaan kanak-kanak berumur bermula daripada 2 bulan hingga 4 tahun. Kami mempunyai penjaga yang berpengalaman serta persekitaran yang kondusif bagi sikecil anda:
Persekitaran dalaman yang selamat dan sesuai untuk bayi dan kanak-kanak.
Ruang bermain dan riadah yang selamat, menarik dan sesuai.
Pemantauan penjaga berpengalaman serta penggunaan CCTV.
Tadika
Damai Ceria Bestari menawarkan khidmat tadika beserta penjagaan harian bagi kanak-kanak berumur bermula daripada 4 tahun hingga 6 tahun. Kanak-kanak diajar membaca, mengira dan menulis. Kanak-kanak juga diajar dengan tatatertib serta bersosial. Selain itu, kanak-kanak beragama Islam didedahkan dengan aktiviti solat berjemaah serta bacaan didalam solat, hafalan surah-surah lazim, doa dan zikir harian.
Kaedah pembelajaran kami adalah secara santai tetapi terbukti lebih berkesan dalam menarik minat kanak-kanak untuk mempelajarinya.
Program Cepat Membaca ‘CAHAYAKU’
Pendedahan Asas Pendidikan Agama Islam
Pembelajaran Secara Santai dan Berkesan
Penjagaan & Transit
Pusat Penjagaan & Transit untuk pelajar sebelum atau selepas sekolah, perkhidmtan pakej termasuk pengangkutan van sekolah untuk sesi persekolahan Pagi dan Petang termasuk Pra dan KAFA.
Waktu operasi dari jam 7:00 pagi hingga 7 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat.
Kawasan Transit
- Sekolah Kebangsaan Subang Bestari
- Sekolah Kebangsaan Subang Bestari 2
- Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Subang
- Sekolah Kebangsaan Jalan U3
- Sekolah Agama Integrasi Al-Ikhlas
- KAFA Integrasi Subang perdana
Perkhidmatan untuk pakej KAFA (Pagi)
- Hantar pelajar dari pusat transit ke KAFA
- Jemput pelajar balik dari KAFA ke pusat transit
- Pelajar mandi dan rehat
- Makan tengahari
- Bersiap ke Sekolah Kebangsaan
- Hantar pelajar ke Sekolah Kebangsaan (sesi petang)
- Jemput pelajar dari Sekolah Kebangsaan ke pusat transit
Perkhidmatan standard untuk pakej KAFA (Petang)
- Hantar pelajar dari pusat transit ke Sekolah Kebangsaan
- Jemput pelajar balik dari Sekolah Kebangsaan ke pusat transit
- Pelajar mandi dan rehat
- Makan tengahari
- Bersiap ke KAFA
- Hantar pelajar ke KAFA (sesi petang)
- Jemput pelajar dari KAFA ke pusat transit
*** Pengambilan pagi dari rumah pelajar ke KAFA / Sekolah Kebangsaan dan penghantaran balik (petang) terus ke rumah pelajar boleh di aturkan.