Latar Belakang

Damai Ceria Bestari (DCB) mula ditubuhkan pada Disember 2018. Penubuhan ini adalah bertujuan untuk memperkasakan perkhidmatan taska , tadika dan transit sedia ada, iaitu Taska Damai Ceria dan Tadika Damai Ceria yang telah pun beroperasi sejak lebih daripada 10 tahun. DCB terus komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya

Dunia kini semakin mencabar. Seiring itu, DCB merangka program serta membuat  perubahan dalam pendidikan anak-anak generasi baru dan melengkapkan mereka dengan kemahiran, kepimpinan serta ketahanan mental yang diperlukan.

Tidak seperti kaedah konvensional yang hanya menekankan penghafalan, program pembelajaran di DCB adalah mengikuti kaedah-kaedah terkini yang diiktiraf dan terbukti.

Di DCB, pembelajaran anak-anak tidak terhenti apabila mereka memasuki sesi persekolahan. Kami mempunyai tenaga pengajar yang akan terus memimbing dan memberi tunjuk ajar dalam setiap matapelajaran yang mereka pelajari di sekolah.

Misi

Misi kami adalah untuk menyediakan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif bagi mengintegrasikan amalan terbaik dalam pendidikan awal kanak-kanak dan untuk mengoptimumkan potensi kanak-kanak secara holistik dan bersepadu.

Visi

Visi utama kami adalah membangunkan individu yang bermutu dari segi intelek, rohani, emosi , fizikal, keseimbangan dan mampu menyumbang secara positif kepada keluarga, masyarakat dan alam sekitar.

Objektif

  • Untuk menggalakkan pembelajaran yang optimum dan seimbang melalui penggunaan teknologi interaktif dan strategi pengajaran-pembelajaran yang terbukti.
  • Menggalakkan penyertaan aktif pelajar, supaya mereka dapat memantau dan menentukan pembelajaran mereka sendiri, mengikut kepentingan dan keperluan serta kebolehan mereka.
  • Untuk merangsang pemikiran analitikal, kreativiti dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam semua pelajar.
  • Untuk memasukkan nilai-nilai penyayang dan tingkah laku yang sesuai dengan budaya kanak-kanak yang akan seterusnya menjadi individu yang bertanggungjawab di dalam keluarga, komuniti dan masyarakat.
  • Mengintegrasikan pembelajaran dan penilaian pelbagai disiplin secara berterusan.